Suatu hari Atan disuruh ibunya pergi membeli telur di kedai mamak. Disebabkan tayar basikalnya pancit, Atan terpaksa pergi dengan berjalan kaki. Jauhnya lebih kurang satu kilometer.
Di pertengahan jalan tiba-tiba… KREETTT! GEDEGANGGGG!!! Berlaku satu kemalangan ngeri di simpang empat, tidak berapa jauh dari tempat Atan berada. Atan berlari ke tempat kemalangan itu. Atan terkejut, memang cukup mengerikan. Sebuah motosikal bertembung dengan lori pasir. Motosikal itu hancur dilenyek lori, penunggangnya terpelanting di tengah jalan. Topi keledar tercampak.
Selepas dekat sejam melihat kemalangan tersebut, Atan berlari balik tanpa pergi membeli telur seperti yang disuruh emaknya tadi. Dirumah, Atan dengan penuh bersemangat menceritakan kepada ibunya tentang kemalangan tadi.
“emak tau… budak yang bawa moto tu terpelanting atas jalan. Darah bersepah-sepah. Kepala dia pecah, otak terburai. Sebelah matanya terjojol, sebelah lagi pecah.”
Setelah itu Atan menceritakan pula pasal tangan penunggang motosikal itu yang putus dan tercampak atas tanah.
“kesian dia mak… perut dia terburai, Nampak usus. Kaki dia terpeleot, seluar koyak, tempurung lutut tercabut. Yang kesian mak, paha dia dua-dua pecah, Nampak tulang. Punggung dia pun pecah, nam….”
Belum habis Atan bercerita, ibunya yang sejak dari tadi diam tak berkata apa-apa, terus bertanya dengan suara keras,
“habis tu, telurnya mana??!!”
Atan garu kepala.
“telurnya? Isy, Atan tak nampak pulak… terpelanting juga kot?”
:p
No comments:
Post a Comment