ping busuk

Saturday, March 19, 2011

Suami Isteri Yang Sengal di Bulan Puasa

Ada sepasang suami isteri, baru je berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa ntah.
Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri tak mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: “Sahur nanti bangunkan abang” dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.
Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: “Bang, bangun bang, makan sahur.” 
Wakaka:)

Teruna dan Dara


Dara: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."


Teruna: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"


Dara: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."


Teruna: "Apakah kau mencintaiku?"


Dara:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."


Teruna: "Apakah kau pernah berlaku curang?"


Dara: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."


Teruna: "Maukah kau menciumku?"


Dara: "Ya..."


Teruna: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."

*sila baca dari bawah

Anjing Pintar

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: “Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”

Wakaka…:)

Kedai Roti (18sx)

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,
tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar
tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air
sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab
Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke
kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita
dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan
sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk
menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun
pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman
terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob
mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong
pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis
di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di
depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-
galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan
bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

......:P


Dasar Penipu


amir dikenali di kg dusun sebagai sorang yang suke bercakap bohong...sehinggakan satu hari..ibu amir meninggal dunia pun orang kampung tidak percaya bila diberitahu oleh amir...sampaikan amir menyuruh ayahnya menyampaikan berita kematian ini pun orang kampung masih tidak mempercayai...sehinggakan timbul satu keinsafan dari amir dan ayahnya kerana amir telah banyak menipu dan bercakap bohong dengan org kampung...

ayah :'amir marilah kita bertaubat..menyucikan diri..kita telah banyak berdosa''


amir: yerrlah ayah!!...sebelum bertaubat mari kita sucikan diri dgn menyelam di sungai belakang rumah kita..


ayah:bagus juga idea kamu tue!!!!....


ayah : lalu si ayah pun menyelam lerr dulu....


amir : sambil nengok jam di tangan '' lame benor bapak haku nyelam nie... kata dalam hati amir...."besar benor dosa bapak haku nie''


ayah : timbullah si ayah nie tadi dengan tercungap2....


amir :nape nyelam lamo benor...


ayah : sorylah amir...kawan haku ajak haku pegi minum kat warung tadi tue yg lamo tue...(''dlm ati'' nasib baik kalau tak malu aku, kain aku
tersangkut kat ranting hehehhe)


amir : Oooo xpe la..skang giliran amir pulak....


ayah: aikk lamo benor si amir nie nyelam..dalam ati " banyak dosa dak amir nie''


amir: timbul lah si amir nie dengan kepala berdarah..


ayah: ha!! nape ngan kepala ko tue amir...lama plak ko nyelam...


amir: tuelah ayah..minum kat warung tak bayor... org kpg marah lorr tue yg  amir kena belasah nie...(''dalam ati''nasib baik klu tak malu aku tersalah
landing kena batu adehhh)....

wakaka..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...