ping busuk

Saturday, April 16, 2011

Bapak Dan Anak Perempuannya (18sx)


Satu hari bapak  memanggil aku masuk ke dalam bilik…


Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

Sex Tu Apa? (18sx)


Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..


Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.


Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..


Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:.........

Jatuh Kerusi


Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis, nyesal aku cium ko...

Kisah Si Pemandu Teksi (18sx)


Seorang Nurse, menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Pemandu teksi tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Pemandu teksi gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Pemandu teksi terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Pemandu teksi menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu si nurse tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam..

Friday, April 15, 2011

Pokok Pisang


Satu hari didalam kelas U6A1…..

Cikgu sofie: Nabil, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Nabil: Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Sopie: Bagus! Sekarang giliran Izwan pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Izwan: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu

Cikgu Sopie: Bagus! Sekarang giliran Kucai pula. Apakah tugas daun pisang?

Kucai:untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Sopie: uii... bagusnyer...makan je ko tau… skang ko g berdiri atas meja sampai habis kelas..

Thursday, April 14, 2011

Air Tin (18sx)


sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
  
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

kadi pun tanye si jantan... "hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."

jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

Kipas


Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:


"Panasnya dalam helikopter ini ...".
  
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

Wednesday, April 13, 2011

Mengintip Jiran (18sx)


Suatu malam aku dan teman mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan teman ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...! dah!...bikin aku dan teman suspen aja!

Tuesday, April 12, 2011

Hilang Burung (18sx)



Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

“bukan itu maksud saya”

Lalu di ajukan soalan yang lain..
“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung “maaf, bukan itu maksud saya”

Sekali lagi dia cuba bertanya
“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”

Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?”

Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,
menyesal tanya.

Beca


Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“bukan begitu, cik adik,. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Monday, April 11, 2011

“Johan, Rumahmu Terbakar, Ayuh Cepat …!!!”



Di sebuah kedai potong rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya. Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan,

 “Johan, rumahmu terbakar, ayuh cepat …!!!”

Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur. Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti.

“Hey,” dia berkata pada dirinya sendiri, “Buat apa aku berlari? Nama aku bukan Johan”. Adoyai!!

Goal Keaper


suatu hari di sebuah stadium bolasepak yg sangat sesak, terjadi rusuhan antara penyokong. seorang ibu yg sedang menggendong bayinya panik dan kebingungan mencari cara agar dia dan bayinya bisa selamat keluar dari stadium.

ada seorang pemuda yg melihat ibu tersebut dan berniat ingin menolongnya, kemudian ia menyuruh ibu tersebut agar melemparkan bayinya kepadanya.

Pemuda: lemparkan bayi itu dan saya akan menangkapnya.

Ibu : Tidak, kamu tidak dapat menangkapnya. bayi saya akan jatuh dan mati.

Pemuda: saya akan menangkapnya, saya ini keeper hebat di sebuah kelab bolasepak. Tidak satupun pemain dapat jaringan gol apabila saya menjadi keepernya.

Ibu : Tidak satupun? kamu tidak berbohong?

Pemuda: Saya tidak berbohong, cepat lemparkan bayi itu.

Dengan sedikit ragu-ragu, ibu tersebut melemparkan bayinya kepada pemuda tadi. Kerana ragu-ragu, lemparannya sedikit berputar dan ibu tersebut takut bayinya jatuh.
Namun, dengan cekap, pemuda tadi menangkap bayi itu dgn tangan kanannya. 

Kemudian meletakkan bayi tersebut di tanah, dan mundur sejauh 2 meter lalu menendang bayi itu sejauh 60 meter.

Sunday, April 10, 2011

Adoi, Sakit Bang..! (18sx)


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

Telur Gajah (18sx)


Seorang petani yang biasa tinggal di atas gunung, suatu hari turun gunung untuk refreshing. Sesampainya di pantai, dia menemukan buah kelapa.
Karena belum pernah bertemu buah kelapa maka dia bertanya kepada anak kecil yang ada didekatnya : ” nak…. apa ini ? ”

” ooo…. itu telur gajah pak….” sambil ketawa

“oooooooo……..”

Lalu laki-laki tersebut membawa buah tersebut pulang kerumah.
Sesampainya dirumah dia menceritakan kepada keluarganya sekaligus mempersiapkan segala sesuatu untuk penetasan telur gajah tersebut.

Mulailah dia mengerami telur tersebut bergantian dengan istrinya.
Dengan memakai kain pelekat sahaja dia berjongkok diatas telur.
Setelah 1 minggu, anak gadis petani tersebut bertanya pada ayahnya : 

” Pak…. sudah menetas belum ? ”

” tak tau….. cuba aja kamu pegang…. mungkin saja sudah menetas….” jawab si ayah.

Lalu anak tersebut menjulurkan tangannya kedalam sarung ayahnya dan
meraba-raba……

” Pak…. sudah pak…., telurnya sudah menetas…… belalainya sudah saya pegang….”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...