ping busuk

Saturday, April 2, 2011

Cara Usyah Awek (18sx)


Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

 Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

 Awek : Apa dia?

 Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

 Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

 Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

 Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

 Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

 Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

 Jejaka : Ok

 Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

 Jejaka : Emm, tak tau lah.

 Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

Kenapa Perempuan Melayu Mudah Dirasuk?


kes ini betul2 berlaku diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama Puteri. kebanyakan yang kena rasuk adalah perempuan melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar perempuan china atau india. Di mana salahnya........

kita ikutu percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

KES HISTERIA DI SEKOLAH KT BSB... ..MISTERI DI ASRAMA PUTERI TERJAWAB!

suatu ari, ade sorg ketua bomoh yg begitu berani hendak berjumpa sekumpulan jin yg berkeliaran di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di seklah itu. ketika smpai di sebuah bilik, ketua bomoh itu membaca sejenis mantera. selepas membaca mantera itu, ketua bomoh itu pom memanggil ketua jin itu. lalu ketua jin itu datang dengan menunujukkan rupanya yang begitu hodoh dan jijik. hinggakan ketua bomoh yg begitu berpengalaman itu pom hampir2 pengsan dibuatnya!

hinggakan mayat reput pom lebih baek dri rupa ketua jin itu! tpi ketua bomoh itu tetap kuatkan semangatnya itu.lalu si ketua omoh bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun melihat sesuatu yang menakutkan itu.

"kau rasuk pelajar di sini hah? jawab!! kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!!"

dengan menarik nafas yang panjang, si ketua jin itu pom menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu tak Menawan, tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, tak Mungkin Aku Merasuk"lalalala
 :P

Kereta Kancil Power


suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada
orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan
kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada
sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti
disebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam
lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya
tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil
didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia
pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie
laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat
tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press Minyak
kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la
minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil
org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya
pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye...
ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj
memasing nie...dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi hadlaju, sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!

Lampu Suluh

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Malam Pengantin (18sx)



Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.


"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Friday, April 1, 2011

Cik Jenab



Pada suatu pagi, Cik Jenab ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Jenab pun berpesan kepada anaknya :

Cik Jenab : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Jenab: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Jenab: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Jenab: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Ibu kata bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Viagra (18sx)



seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat serta-merta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!

Thursday, March 31, 2011

Tiga Ekor Pontianak



Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekilat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muke yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Kenapa Perlu Kahwin? (18sx)



Izat baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kaklong die  akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Izat.

"Nanti Izat dah besar, Izat tau sendiri la... ",
jawab Kakak Izat.

Nyata Izat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Izat akan bertandang ke rumah Azmee dan Azri apabila balik dari kelas mengaji Quran. Azmee dan Azri merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Izat. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Izat selesa duduk melepak di rumah Azmee dan Azri walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Izat sampai ke rumah bujang tersebut, Azmee dan Azri sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, Hantu Kak Limah Go Back Home.

"Azmee, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Azri.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Azmee pula.

Izat tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Izat dengan girang.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak Izat.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab Izat yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Izat dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"

Lelaki VS Wanita





 Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt


Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. mencari kunci kereta didalam bag tangan
23.  Masuk ke dalam kereta
24. Periksa makeup di muka sekali lagi
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.

Alat Penimbang Berat Badan



Di sebuah shoping Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
  
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

Sam dan Dol





SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Wednesday, March 30, 2011

Drama Malam Pertama (18sx)





Sepasang pengantin, Ali dan Siti, akan melalui malam pertamanya. Setelah
acara buka hadiah selesai, sepasang pengantin ini masuk bilik. Di bilik
ada lagi hadiah dari kawan kawan mereka. Satu persatu kotak hadiah di
buka, mendadak Siti tertawa happy. Apa pasal? Rupanya ada sepasang kasut untuk
dia... dia nak cuba pakai, ternyata kasut tu sempit. dia terus memaksa,
namun sia-sia. Ali yang melihat terus bertanya:


Ali : "Kenapa, terlalu sempit?"

Siti : "Iya bang, sakit ni..."

Ali : "Saya masukkan perlahan-lahan ya?"

Siti : "Baik bang, tapi jangan kuat kuat ya?"


Suaminya membantu memakaikan kasut sempit itu di kaki isterinya dengan
sedikit memaksa.

Siti : "Bang, sakit bang... anunya terlalu sempit..."

Ali : "Tahan sikit, saya cuba lagi ya?"

Tanpa mereka sedari, orang tua mempelai perempuan, Mak Minah, pasang
telinga di balik pintu kamar pengantin... rupanya ibu mempelai perempuan
dah fikir lain... dia tidak tahan mendengar anak perempuanya yang
mengalami kesulitan malam pertama, jadi sebagai ibu terpaksalah dia bagi sokongan
dari balik pintu.

Mak Minah: "Kenapa nak, susah masuknya?"

Siti : "Iya maaak..."

Ali : "Kecik sangat barangnya..."

Mak Minah : "Coba sapu dengan air liur..."

Ali : "Ok saya coba mak."

Siti : "Cepatlah bang, sapu dengan air liur..."
Dengan tergesa-gesa pengantin lelaki menyapu seluruh permukaan kaki
isterinya dengan air liur.
Ali: " Cuba masuk lagi ya sayang???"

Siti : "Iya bang..."

Setelah dimasukkan kaki yang disapu liur tadi ternyata dengan mudah
masuk.

Ali : "Nah... masuk pun???"

Siti : "Iya... tapi..."

Ali: "Kenapa, masih sakit ke?"

Siti : "Iya, tapi taklah sakit macam tadi."

Mak Minah: " Kan dah boleh masuk kan ? Sekarang tinggal kena goyang je."

Sambil tersenyum dan dalam hatinya berkata budak budak sekarang benda
benda macam tu pun tak tahu 

Tiga Orang Sahabat





Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA

Si A dan B: BANGKAI!!!

Mencuri (18sx)





Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis. pemuda tu ber nama ammar


Ammar: Tidak! Saya tak curi basikal itu.

Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Ammar: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.

Hakim: Maksud kamu?

Ammar: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: MAK AII !!!???!!!

Tuesday, March 29, 2011

Mencari Jalan Pulang





Seorang lelaki mabuk keluar dari bar. Kerana mabuknya ia tidak mampu untuk
memandu keretanya. Pemilik bar lalu memanggil teksi untuk menghantarkan lelaki
itu pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan lelaki mabuk itu memberikan petunjuk dimana rumahnya berada. Mereka berputar-putar sekeliling kota, namun lelaki itu
masih belum mampu menunjukkan arah ke rumahnya yang sebenar...

Namun, tiba-tiba lelaki mabuk itu nampak seperti sedar...
Ketika mereka melewati sebuah kawasan perniagaan besar, lelaki itu tersenyum
dan menunjuk,
"Ah, aku ingat! Itu adalah kedai pakaian dimana isteriku suka membeli baju."

Ketika mereka melewati sebuah pusat rekreasi.. ia berkata..
"Nah, itu adalah tempat aku dan isteriku biasa bersenam..."

Kemudian mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit. Lelaki itu menunjuk
sambil berkata..
"Nah, inilah perumahan tempat aku dan keluargaku tinggal. Kita hampir sampai."

Tak lama kemudian mereka melewati sebuah rumah baru yang mewah dan besar..
Lelaki itu berteriak.. "Stop, itu adalah rumahku."

Ketika mereka mendekati rumah itu.. muncul sebuah kereta mewah memasuki
halaman rumah itu. Dari dalam kereta itu keluar seorang wanita cantik nan seksi.
Lelaki itu berbisik..
"Lihat, itu adalah isteriku. Cantik bukan?"

Lalu dari dalam rumah itu keluar seorang lelaki tampan berbadan besar menyambut
wanita itu dengan mesra. Melihat hal itu, lelaki mabuk itu terus berkata dan menunjuk..
"Dan... itulah aku!

Sultan Mahmud Melaka ada Facebook!!

BODOH, MASALAH dan SOPAN SANTUN





Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)

BODOH : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa ??

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?

BODOH : Ada di luar, tuan.

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)

"Abang kasi ke die....?"





Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

Isteri: @#$%????!!!!!
Suami: (Dalam hati)Alamak!! mampus aku!!

Penembak Tepat





Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten pasukan.

"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.

"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"

Hahaha..:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...