ping busuk

Saturday, May 7, 2011

Saintis Sengal


Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

Thursday, May 5, 2011

Cabut Gigi


Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi.

Pemuda: "Selamat pagi doktor".
Doktor : "Selamat pagi, ha duduk!"
Pemuda: "Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi".
Doktor : "Sebatang RM120 sahaja!"
Pemuda: "Tak der yang murah lagi ker doktor?"
Doktor : "Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?"
Pemuda: "Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?"
Doktor : "Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!".
Pemuda: "Cantik doktor!! terima kasih! okey daftar nama bos saya untuk rawatan esok!." 

Wednesday, May 4, 2011

Bihun VS Mee


Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Tuesday, May 3, 2011

Surat Cinta Budak Sekolah Rendah

ni adalah surat cinta yang aku gase agak lawak gak... budak ni kecik2 lagi dah pandai bercinta ye...:P

Gadis Baik


Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata 

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri.
Kali ketiga bangun, lelaki muda itu menjerit,

"kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya!!!"

Monday, May 2, 2011

Kapal Selam


Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. 

"Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur.", 

"lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan. 

"Seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur.... Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang.

Panda Yang Terkejut (Video)

tengok mak panda yang terkejut berok ni.. hahahha

Sunday, May 1, 2011

Suri Rumah Yang Sengal


Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!

Babi Dan Kerbau


Diceritakan didalam sebuah hutan ni tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..


Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Ishhh, boring la pulak kan kerbau..

Kerbau : A'ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..

Babi : Hah, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis 
muke kau.

Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.

Babi : Ok. Kau dok diam2..


5 minit kemudian......


Babi : Hah, dah siap, nah..

Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..


Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...


Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..

Babi : (Muke tetiba jadi merah,lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???

Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)

Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...