ping busuk

Friday, April 29, 2011

Berita Gembira


Sekembali Soleleh dari sekolah... dia terus menghampiri papanya.

Soleleh : "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"

Papa : "Wow.. berita gembira apa tu?"

Soleleh : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"

Papa : "Tentu papa ingat."

Soleleh : "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu."

Thursday, April 28, 2011

Pulang Awal


Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Amirul kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Amirul : (dengan muke bangga amirul menjawab) "oo.. tadi Amirul boleh jawab soalan cikgu dengan tepat.. lalu disuruh pulang..." 

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"

Amirul : "Cikgu tanya... SIAPA YANG BALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

Ibu: =.=’

KCF VS McDonalds (video)


Wednesday, April 27, 2011

Bayi Nenek


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."

Monday, April 25, 2011

Suami Sengal


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Sunday, April 24, 2011

Hak Milik Bersama


Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...