ping busuk

Saturday, April 9, 2011

Aisberg


Suatu malam di Amerika, seorang lelaki China masuk ke sebuah bar dan melihat pengarah terkenal Steven Spielberg sedang minum. Dengan hati gembira, dia bergegas menghampiri untuk minta tanda tangan.

Sayangnya, bukan tanda tangan yang didapat, Spielberg terus menamparnya dan berkata, “kamu orang China, mengebom Pearl Harbour, nyah dari sini.”

Spontan pemuda itu menjawab, “Bukan China yang mengebom Pearl Harbour, tapi Jepun”.

“China, Jepun, Taiwan, kamu sama saja” ujar Spielberg.

Merasa marah atas perlakuan tadi, dia balas menampar Spielberg dan berkata, “Kamu yang menenggelamkan Titanic, moyang saya ada di kapal itu!”

Terkejut, spielberg menjawab, “Iceberg (gunung ais) yang menenggelamkan kapal itu, bukan saya!”

Pemuda China itu lalu berkata dengan lantang, “Iceberg, Spielberg, Carlsberg, kamu semua sama saja…”


Asal Usul Nama Negeri Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.


“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”

“Hamba pula cadangkan Margapura.”

“Karma Sari lebih molek.”

“Molek lagi Margapura.”

“Pilihlah Karma Sari!”

“Margapura!”

“Karma Sari!”

“Margapura!”

“Karma Sari molek!”

“Molek lagi Margapura!”

“Tengkorak hang!”

“Opah hang!”

“Opah hang!”


Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Toturiul Lengkap Lajukan Blowser FACEBOOK anda

sumber: http://hazrilhafiz.blogspot.com/2011/03/tutorial-lengkap-cara-lajukan-browser.html


PERHATIAN: anda mungkin tak boleh copy perkataan yang diberikan, so klik je kat URL diatas ni..:


ramai yang merungut facebook lembab dan lambat loading dua tiga hari ni. Ada berita yang memberitahu ,masalah ni terjadi disebabkan gempa bumi tang berlaku di Jepun menyebabkan kabel bawah laut terjejas dan ada sedikit kerosakan. Untuk kali ni aku nak bagi tutorial macammana nak buat loading page facebook lebih cepat dan tak menyakitkan hati .

ADA 6 STEP UNTUK TURORIAL NI. SILA IKUT SATU PERSATU OKEHH!!

STEP 1. mula mula buka My Computer

image

STEP 2. Copy    perkataan nie   

 C:\Windows\System32\drivers\etc\    

pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..seperti contoh di atas
lepas tu akan jadi macam ni

image

STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih open with Notepad

image

bila dah open. Akan keluar file macam ini

image

STEP 4, JANGAN EDIT ATAU KACAU code lain.sekarang anda cuma perlu  pastekan perkataan dibawah ini dibahagian paling bawah file tersebut
pastekan perkataan ini

203.106.85.66 www.facebook.com 
203.106.85.66 facebook.com

dan akan jadi seperti ini

image

STEP 5. lepas tu tekan SAVE .Pilih save as type –All Files dan gantikan file “hosts” tersebut

image

STEP 6 .dan siap. Browser anda akan menjadi laju sekarang. Kalau lambat jugak, memang ada masalah dengan berukben atau streamyx atau P1W1Max anda…

PERHATIAN : ada sesetengah pengguna yang menghadapi masalah TAK BOLEH SAVE file tersebut. Macammana untuk selesaikan masalah tu?senang ja. Ikut tutorial dibawah


Buka file “hosts” seperti di awal tutorial dan copy file tersebut ke Desktop.Edit seperti STEP 4 di awal turorial ini dan SAVE di DESKTOP .

image

kemudian Copy file “hosts” tersebut dan paste di bahagian awal tadi. DiC:\Windows\System32\drivers\etc\  (STEP 2).Gantikan file sedia ada dengan file yang telah anda edit .
 Dan siap untuk diguna

Sekian untuk tutorial kali ni. Harap korang faham. Ada masalah jangan segan segan untuk komen disini.InsyaAllah akan dijawab.


PERHATIAN: anda mungkin tak boleh copy perkataan yang diberikan, so klik je kat URL diatas ni..:)


Friday, April 8, 2011

Pemandu Bas


SEORANG budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila, “Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu betina, pasti aku akan menjadi anak lembu.”

Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali…

Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.

Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam. Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

“Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah.”

Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut, “bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?”

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, “Aku akan menjadi pemandu bas!!!

Main Bola Dalam Kapal Terbang


Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.
Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!
Sewaktu di udara,orang-orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.
Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

“Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek kat belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup!. Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”

“Abisnya tak boleh maen bola didalam kapal. Jadi mereka main bola di luar.”

“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”

“kitorang pemain simpanan….”

Tidur Dengan Aku (18sx)


Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya
menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Thursday, April 7, 2011

Takut Bini


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
                     
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi. Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Wednesday, April 6, 2011

Saudagar Keldai


Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9

‘Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,’ dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya
‘1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .huh cukup pun,’katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, “Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor”

Soalan Pelik, Jawapan Cerdik (18sx)

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9


Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.



Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.



Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.



Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.



Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.



Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.

It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..
:p

Tong Berwarna Merah


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. 

"Atok buat apa tu?" 

"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. 

Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Tuesday, April 5, 2011

Penjenayah Tua


Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.

"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.

"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

Cara Berfikir (18sx)


Dalam kelas matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

“Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?”

Mat angkat tangan dan jawab, “Kosong cikgu”.

“Kenapa kosong Mat?” tanya cikgu.

“Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu.”

“Hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir.. kreatif ..tambah cikgu tu lagi.

Ketika waktu rehat, cikgu belanja Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh cikgu nya itu, Mat tetiba bertanya..

“Cikgu.. ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?”..

Tergamam cikgu dengan soalan Mat. Tapi cuba berlagak neutral, cikgu pun jawab, “Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..”

“Salah cikgu.. yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin… Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir”.. kreatif..

Monday, April 4, 2011

Pengang Kuat-Kuat


Udin ingin menghantar neneknya ke klinik, naik motosikal.

Udin: Ayuh nek, naik kat belakang, jangan lupa pegang yang kuat-kuat ya.

Nenek: Iya, ini juga nenek sudah pegang kuat kuat ni.

Udin: Jangan lupa pegang kuat kuat ya, nek !!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek sudah pegang kuat kuat, cerewet amat kamu ni.

Udin: Ok, kalo begitu kita bertolak ya, nek.

Udin lalu mulai memulas minyak motornya, lalu terdengar benda jatuh BRUAAAAKKKK!!!!!
Udin terkejut, lalu menoleh ke belakang, ternyata si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: La kenapa jatuh ni , nek? Nenek tak pegang ya?

Nenek: Nenek dah pegang kuat kuat laaa!!!!

Udin: nenek pegang dimana?

Nenek: Di pagar rumah.

Udin: “$%^&(#…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...