ping busuk

Saturday, March 26, 2011

Peguam Materialistik





Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah
lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu
kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang
sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengka n kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain" 

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus
diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si peguam tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan
Rolex saya?!!"

Hahhaha…:)

Mamak





 Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga bagi surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo~~saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????

Ujikaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK!!!

Hahaha..:P

Mitsubishi Lanser VS Proton Inspira

 Pada suatu hari, Mitsubishi Lancer bertemu dengan Proton Inspira secara tidak sengaja ketika menunggu lampu isyarat di semabok. Sementara tunggu lampu hijau menyala, diorang pun bersembang-sembang. Ikuti perbualan mereka seterusnya..




Sapa gelak dia tak patriotik! Haha! This is epic! Sapa la punya kerja ni, confirm salah sorang owner Mitsubishi Lancer punya kerja ni. Ye lah, lepas ni tak market dah la kereta dia bila bawak balik kampung nak beraya. Haha untuk tu jugak!

Dengar cerita Mitsubishi terpaksa buat partnership dengan Proton sebab Mitsubishi Lancer tak laku kurang mendapat sambutan di Malaysia. Betul ke hah?

Friday, March 25, 2011

Asal Usul Perkataan Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Mentol Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Mentol Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Mentol berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Mentol Kalimantang yg menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah lampu sejenis bulat yg dinamakan mentol dan lampu panjang dinamakan kalimantang...

Kisah Si Pelupa





Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.

Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa......
hehehe..:)

Serah Pada yang Atas (18sx)

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ‘bercekerama’.

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara.

 “Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab.”

 “Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, ” jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, “Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!

:p

Makwe Pakwe dan Polis

Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis....

pakwer : ada apa masalah encik ?

polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer...mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipu polis tue...tadikan abang pandu lebih dari 150km...

polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi...

pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik...minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang...

pakwer: saya baru jer bukak encik....masa encik tahan saya...

makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang...tak baik tipu encik nie

si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terus melenting.

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis...ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko...budusss,aku tepok paler ko kang...

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler...dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer...

-.-“

English Badly Broken

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin...


:P

Thursday, March 24, 2011

Pukul Berapa Buka?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
:P

Dua Orang Kaya dan Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya 1 : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si Dogol " Dogol, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku kereta Mercedez."

Dogol pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya 1 itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya 2: " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya 2 memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya 2 beritahu kepada membernya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
Dogol : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. He give me 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid tahap gaban!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri, telefon je la ke rumahnya!!"


hehehe...

Wednesday, March 23, 2011

Operator and Caller

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I wantto speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Caller : Well…just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan(no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then theaccident isn’t an urgen t matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lee (Sorry).

hehehe...:P

Tiga Lelaki India dan Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu

Hehehe…:P

Seorang Perempuan Bisu (18sx)

Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.

Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?

Fikir....

Fikir.......
 
Tak tau?

Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu..
Apa yang korang fikirkan hah?

 wakaka...

Tuesday, March 22, 2011

Suamiku Ahli Sukan (18sx)

Seorang gadis yang bersuamikan permain bola yang terkenal sedang berdebar-debar menantikan detik malam pertama mereka setelah selesai majlis pernikahan mereka.

Selepas majlis dan segala urusan selesai, pada malam hari merekapun masuk ke bilik. Si suami terus membuka  seluruh pakaiannya satu persatu.
Apabila si suami buka baju, si isteri melihat sesebuah logo yang bertulis “REEBOOK"   di dada suaminya. Si suami menerangkan bahawa tattoo tersebut dibuat sewaktu ia menjalani suatu kontrak sebagai model iklan produk tersubut.

Tiba-tiba si suami membuka seluar panjangnya, maka terlihat la satu lagi tattoo logo “NIKE” di pahanya... si suami pun menjelaskan hal yg sama kepada si isteri.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, si isteri melihat tattoo bertuliskan “AIDS” pula pada tuttt si suami… dengan ketakutan si isteri menanyakan tattoo tersebut. Namun dengan tenang si suami menjawab..

“tenang saying, tulisan itu bukan bererti sesuatu yang menakutkan.” Setelah pengang, dan tuttt si suami tegang dan memanjang, maka tulisan AIDS menjadi ADIDAS…

Hahhahah…:P

Koboi dan Pari-Pari (18sx)

Seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalangi jalannya, lalu si koboi turun dengan pisau ditangannya, ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh si ular berkata :

Si ular : "Jangan bunuh saya, saya adalah seorang Pari-Pari".

Si koboi terkejut tahap gaban, dan masih ragu, lalu bertanya :

Si koboi : "Jika kamu Pari-Pari apa yang saya minta akan dikabulkan ?". Tanya si koboi.

Si ular : "Jika kamu tidak percaya lepaskan saya dulu” lalu si koboi melepaskan ular itu….
Dan apa permintaan kamu wahai koboi?". Kata si ular itu.

Si koboi : "Saya mempunyai 3 (tiga) permintaan, iaitu yang pertama, saya mahu wajah saya hensem macam lionardo Dikopiko, yang kedua badan saya setegap Arnold, yang ketiga "anu" saya sebesar "anu" kuda yang saya tunggangi itu". Sambil menunjukkan jari ke kudanya.

si ular berkata dengan rileksnyer :
"Sonang ajo tu, esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi, sudah ya, saya pergi dulu la ye… bye bye cye bye". Kata si ular sambil pergi masuk semak-samun dan menghilang.

Lalu si koboi itu naik kudanya meneruskan perjalanan menuju ke rumahnya. Memang hari sudah lewat dan sesampai di rumah si Koboi berdiri di depan cermin dan berkata :

"Besok kalau tidak ada perubahan siaplah!, Aku potong kepalamu wahai ular!". Sambil berjalan dia masuk ke bilik daan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan harinya si koboi bangun pagi-pagi dan terus menuju cermin, dan apa yang terjadi, si koboi terkezut berukk Dan Gembira, dilihatnya wajahnya mirip Lionardo Dikopiko dengan senyum bangga, lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan otot yang menonjol, dia memperagakannya dengan gaya-gaya bodybuilder, kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkezut Triple King-Kong sekali, dan berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!"~~~~~~~.

Ternyata dia lupa, dan baru je ingat bahawa kuda yang die tunggangi semalam itu adalah kuda betina...!!.

Hahaha….

Harijadi Ke-19

Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-19 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-19 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-19 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Amirul!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!


wakaka!!

Monday, March 21, 2011

Kisah Smayang Jumaat

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat. mak Ammar memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Ammar dah pun makan tengahari di rumah. Ammar pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang jambu itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ammar pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

sesampainya di masjid, Ammar pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Jumaat berjemaah itu. Ammar pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Ammar sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..
Ammar pun berbisik kepada orang dihadapannya...

 Ammar: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu".
lalu orang disebelah Ammar pula yang terkejut kerana Ammar bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"..
selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila tgh smayang..:)

Kisah Malam Pertama (18sx)

Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya
menikah.
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak
ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang
harus dilakukan.

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya
“Ayah, apa yang harus saya lakukan?”
“Telanjanglah dan naik ke tempat tidur”, jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan
suaminya, ia kemudian bertanya kepada ibunya.
“Telanjanglah dan ikutlah suamimu”, saran ibunya.

Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si
pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya,
“Apa lagi yang harus saya lakukan?” lalu ayahnya menjawab,
“Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang
paling keras ke tempat isterimu kencing!”

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya
kepada ibunya.
“Apa yang harus saya lakukan?”
Ibunya balik bertanya, “Apa yang sedang dilakukan suamimu?”
Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata,
“Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!

hahaha..:)

Dialog antara Ayam dan Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?
  
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku, macam mana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
pun tak pernah
panggil aku MAK!

Ayam : WTF????

Sunday, March 20, 2011

kisah anak ular

Seekor ular kecil bertanya kepada ibunya,

"Ibu apakah kita ini ular yang beracun?""

Oh tentu anakku. Jadi kalau ada yang cuba mengganggumu, gigit saja maka pasti ia akan mati karena racun dalam bisa kita," jawab ibunya dengan yakin."

Oooops ....." sahut si ular kecil."

Why? Kenapa nak? ... kamu gigit sesuatu??!!!" tanya ibunya."

A’ah ... bagaimana kalau saya menggigit lidah saya sendiri?"

hahaha...:)



Cerita Si Hantu A dan B

Tersebutlah kisah dua org hantu. Mereka ni baru je kenal lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka , hantu B ni tak habis2 menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanye,

“Apepasal kau ni asyik menggigil je?” tanyer hantu A.

“oh, cara aku mati dulu teruk… aku mati dalam peti ais… sejuk dowh!” jawab hantu B sambil menggigil.

“ooo… kesian kau… aku dulu mati sebab kene heart attack…” kata hantu A.

“kau ade sakit jantung ye? Ape pasal kau tak gi buat operation? Kalau tak skang ni kompom kau tengah lepak2 ngan family ko maen game PS3 kat umah…” kata hantu B.

“aku dah buat dah, tapi, panjang story nyer...” jawab hantu A syahdu...

“story mory la kat aku sket… sambil lepak hisap rokok ni..” kata hantu B…

“Macam ni… aku syak isteri aku maen kayu tiga ngan aku. So, one sepor a time, aku aku ingat nak perangkap isteri aku… aku pura2 la pegi kerja, tapi sebenarnyer aku park kereta aku kat simpang jalan hujung rumah aku je…. Seperti yg aku syak, ade sebuah kereta masuk parking kat umah aku. Aku rileks je dulu sebab nak setting mase untuk tangkap diowrang.”

“jadi kau dapat la tangkap diowrang ea?” tanye hantu B sambil menghembuskan asap rokok ke muke hantu A…

“tak, aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yg aku heran, mase aku masuk rumah tu, aku Nampak ade kasut ngan kete laki tu… aku tanye la bini aku tapi die buat keras je tak mau jawab… so aku lari la sekeliling rumah aku carik jantan tu, semua bilek aku dah cari tapi tak jumpe… last2 aku penat sangat sebab lari cari jantan tu, aku pun pensan lalu mati…” kata hantu A sayu…

Hantu B diam mendengarkan cerita hantu A sambil memadamkan puntung rokoknya itu… selepas 61saat hantu B berkata,

“kenape kau tak chek dalam peti sejuk? Kalau chek kat situ, sure kita masih hidup lagi…

Hahaha…:)

B.I Dapat Kosong

 Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

:)

Mari Belajar Bahasa Jepun


01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI 
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI 
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI
perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.kepada sesiapa yg tersinggung, saya mintak maaf...

Lelaki Yang Sengal

Amir ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Amir dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Amir : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Amir : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Amir, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Amir : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

wakaka:)

Karangan Budak Darjah3 yang Gile Babi

  Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah… Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu….

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu lori menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. 

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Wakaka..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...