ping busuk

Saturday, May 14, 2011

Lipas


Korang tau tak.. telinga lipas terletak di kaki... tak percaya?

Cuba korang tangkap seekor lipas, pastu letak atas meja... cuba jerit..lari!!! mesti lipas tu larikan...

hah...tangkap balik lipas tu...potong kaki dia dan letak balik atas meja....korang jerit "LARI" kuat-kuat... lari!! lari!!... tengok lipas tu lari ke tak???

Tuesday, May 10, 2011

"Bergayut"


Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

Sunday, May 8, 2011

Mekanik Dan Doktor


Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...