ping busuk

Saturday, March 19, 2011

Kedai Roti (18sx)

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,
tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar
tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air
sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab
Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke
kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita
dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan
sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk
menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun
pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman
terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob
mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong
pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis
di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di
depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-
galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan
bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

......:P


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...