Madi seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya, buat weeliw, buat weekang di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Madi terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Madi telah melatah dan terkejut berok sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak ditengah dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Malap ayah Madi ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang kemalangan itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Malap bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Malap: Bagaimana keadaan anak saya doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Malap: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Malap: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Malap: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak saya...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Malap: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
Doktor: la...
No comments:
Post a Comment