Izat baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kaklong die akan berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Izat.
"Nanti Izat dah besar, Izat tau sendiri la... ",
jawab Kakak Izat.
Nyata Izat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
Esoknya seperti biasa, Izat akan bertandang ke rumah Azmee dan Azri apabila balik dari kelas mengaji Quran. Azmee dan Azri merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Izat. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Izat selesa duduk melepak di rumah Azmee dan Azri walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Izat sampai ke rumah bujang tersebut, Azmee dan Azri sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, Hantu Kak Limah Go Back Home.
"Azmee, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Azri.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Azmee pula.
Izat tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Izat dengan girang.
"Sebab apa?"
Tanya Kakak Izat.
"Sebab gatal belakang!"
Jawab Izat yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Izat dengan kakaknya itu menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"
No comments:
Post a Comment