pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat. mak Ammar memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Ammar dah pun makan tengahari di rumah. Ammar pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang jambu itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ammar pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
sesampainya di masjid, Ammar pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Jumaat berjemaah itu. Ammar pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Ammar sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..
Ammar pun berbisik kepada orang dihadapannya...
Ammar: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu".
lalu orang disebelah Ammar pula yang terkejut kerana Ammar bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"..
selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.
MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila tgh smayang..:)
No comments:
Post a Comment